Tuesday, 13 December 2011

Untuk Renungan Kaum Hawa Semua

                                      


Sedarkah seluruh bentuk badan kita dikira aurat? Aurat diambil dari perkataan Arab Aurah bererti keaiban manakala dalam istilah feqah, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan..
 Firman Allah: "Dan hendak lah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan orang-orang(wanita) jahilliyah pd zaman dahulu.. dan dirikan lah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulNya."


Ayat itu menerangkan hukum menutup aurat adalah WAJIB seperti mana wajibnya mengerjakan solat..
  
"..mengapa dirimu suka menayangkan auratmu wahai wanita?"
                                       !ATAU!

  "..leka menunjuk-nunjuk kecantikan luaranmu yang sementara?"
  "..mahukah jadi seperti ini? umat Islam dijadikan bahan ketawa & exploitasi oleh musuh Islam?"

(gambar wanita Islam di FB di 'edit' serta ditelanjangkan & disebarkan!)

  "..inginkah engkau seperti itu?"

Firman Allah: "Wahai Nabi,suruhlah isterimu, anak perempuanmu, dan perempua yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar).."
*ditujukan juga kpd para suami



Dan dengan cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. InsyaAllah..


 Wahai wanita!
Ingatlah!
Pakaianmu itu hendaklah menutup segenap auratmu. Pakaianmu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badanmu. 


Sabda Rasulullah:"Mana-mana wanita yag memakai bau-bauan(bersolek-solek) kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira seperti berzina(pelacur)."
             Riwayat Abu Daud & Tarmizi

                                                                               Nauzubillah!!


Fikirkanlah sejenak, wahai wanita akhir zaman. 
~*gunakan akalmu*~
Apakah beza barangan yang mahal dan tinggi nilanya dengan barangan yang murah dan rendah harganya.
Sudah tentu barangan yang tinggi nilanya itu berada dalam tempat yang khas,bekas yang elok dan terlindung dari sentuhan dan pandangan ramai..
~*sekarang bayangkan barangan yang rendah nilanya*~
Sudah tentu dibiarkan sahaja ditempat terbuka dan bebas disentuh,dilihat dan dipegang oleh kebanyakan orang..
~*maka wahai para wanita*~ 
Renungkanlah!
Sebelum dirimu dihitung amalanmu diakhirta nanti.

Firman Allah:"Dan hendaklah kamu tetap dirumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan orang-orang(wanita) jahilliyah pd zaman dahulu."

  Cukuplah Wahai Para Wanita Akhir Zaman!!
Hentikanlah semua ini. Ikutilah ciri-ciri berpakaian seperti yang digariskan didalam Islam, berpandukan Alquran dan Sunnah. Sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya. 


~*Sedarlah*~
Antara kebanyakan penghuni NERAKA JAHANAM itu adalah perempuan yang berpakaian tetapi telanjang. 


Sabda Rasulullah:"Tidak mencium bau SYURGA oleh perempuan yang berpakaian tetapi telanjang."


~*tidakkah kita risau*~
Tidakkah kita sebagai kaum wanita muslim merasa bimbang? 



~*wahai wanita*~
Tutuplah bahagian tubuh badanmu terutama dada dan pinggulmu, yang dapat mendatangkan syahwat kaum adam. Juga janganlah kau wanita, menyerupai pemakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik. 
Adakah kau wanita,dahagakan pujian-pujian manusia disekelilingmu? 

  sesungguhnya itu adalah syaitan yang nyata dan berada dalam hatimu.

Dan janganlah juga kau ingin bermegah-megah (dgn auratmu) dan menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan gayamu. Sesungguhnya ketika peristiwa Israk Mikraj itu,

Sabda Rasulullah:"Pada malam aku diisrak hingga kelangit, disana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku mengangis mengenangkan azab yang diterima mereka. Aku lihat ada perempuan yang digantung rambutnya, otaknya mendidih kepanasan."
Itulah wanita yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. 
"Aku melihat ada perempuan yang memakan dagingnya sendiri, dibawahnya dinyalakan api neraka yang sangat panas."
Itulah wanita yang berhias dan bersolek untuk lelaki sekelilingnya dan bukan suaminya.
"..ada perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka"
Itulah juga wanita yang berhias-hiasan supaya kecantikannya dilihat lelaki lain selain suaminya.
Disebutkan dalam hadis sahih bahwa Rasulullah bersabda untuk para wanita:
"Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni neraka terbanyak."
(HR.Bukhari Dan Muslim) 



~*renungilah kaum wanita*~
Oleh kerana auratmu yang tidak dijaga itu, tidakkah kau bimbang, Neraka atau Syurga tempatmu nanti? Budaya berpakaian barat telah banyak memesongkan wanita-wanita muslim kini, supaya berbangga dengan aurat mereka!!!


#adakah kita salah seorang darinya? yang telah terpengaruh tanpa disedari?#

Firman Allah:"Katakanlah kepada wanita yang beriman.. Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya. Hendaklah kamu (wanita) menutupkan kain tudung kedadamu, dan janganlah menampakkan perhiasanmu kecuali kepada suamimu."

Bertaubatlah kamu sekalian kpd Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. Wahai kaum wanita, Pakaikanlah dirimu dengan pakaian iman dan taqwa.

#sematkan niat yang ikhlas untuk mentaati perintah Allah dan suami yang soleh#



Dan jauhkan penyakit riak dan ujub yang ingin mencari populariti dikalangan manusia sendiri. Sesungguhnya peringatan ini demi kasih sayang antara kita makhluk Allah dan kerana kita adalah wanita.. !wanita muslim!..

"Dalam perjalanan mencari dan terus mencari cinta Ilahi"

Berpesan-pesanlah dengan kesabaran dan kebenaran...:)









Tuesday, 6 December 2011

"LUCU YA"???

1.Lucu ya,duit rm50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke tabung masjid,tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

2.Lucu ya,45minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

3,Lucu ya,betapa lamanya 2jam berada di masjid,tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton t.v daan wayang di pawagam.

4.Lucu ya,susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,tapi betapa mudahnya cari bahna bersembang bila bertemu kawan-kawan.

5.Lucu ya,betapa seruan dan teriakn yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita,tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

6.Lucu ya,orang-orang berebut tempat paling depan untuk menonton bola atau konsert,tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

7,Lucu ya,kita perlu undangan seawl 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita,tapi untuk acara lain seperti menonton waayang,anual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

8.Lucu ya,susah sangat baca Al Quran 1 juzuk sahaja,tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

9.Lucu ya,susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

10.Lucu ya,kita begitu percaya e-mail layang di internet,tapi kita sering menolak,dan memepermudahkan deta memepersoalkan apa yang terkandung dalam Al Quran

11.Lucu ya,semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

12.Lucu ya,kita boleh mengirimkan ribuan "jokes" dan surat berantai melalui e-mail,tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering kali berfikir dua tiga kali.

        Jangan menzalimi dengan membiarkan diri kita ini menjadi sebahagian dari "kelucuan" tersebut,moga-moga dengan perkongsian ini menjadikan kita lebih tersedar akan kekhilafan serta menginsafi diri sendiri.

FADHILAT DAN KEAJAIBAN SOLAT TAHAJJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara 6 hingga 8 jam sehari,namun pendapt ini di tolak oleh para saintis barat speprti Dr,Ray Meddis,seorang profesor di Deparment of Human Sciences,England University of Technology yang mengatakn bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam 3 jam sahaja.Menurut kajian ahli perubatan Barat,sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk(drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun.

  Rasullulah SAW telah memberikan contoh yang baik untuk tidur:

1.makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar.jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur sekaligus akan terlebih tidur

2.tunaikan solat isyak sebelum tidur

3.bersihkan tempat tidur seperti tilam,bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4.amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang di ajarkan Rasulullah SAW

5.kurangkan  masa tidur 8 jam sehari kepada 7 jam sehari untk bulan pertama dan seterusnya sehingga kita dapat tidur 3 jam sehari

 Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari pelbagai penyakit,Umpamanya kita yang hadapi suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut.Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China-Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

TAHAJJUD ELAK KANSER

Menurut kajian Dr.Mohammad Sholeh,pensyarah IAIN Surabaya,salah satu solat sunnah itu dapat membebaskan seseorang dari serangan ifeksi dan penyakit kanser.tidak percaya?"cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud'',ucap Dr.Sholeh
  ''Jika anda melakukannya secara rutin,benar,khusyuk dan ikhlas,niscaya anda terbebas dari infeksi dan kanser",ucap beliau.

 Selama ini,menurut beliau tahajjud dinilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunat.Padahal jika dilakukan secara rutin tepat gerakannya,khusyuk dan ikhlas,secara perubatan solat itu menumbuhkan  respons ketahanan tubuh(imonologi)khususnya pada imonoglobin M,G,A dan lomfositnya yang berupa persepsi dan motivasi positif,serta dapat mengaktifkan semula kemampuan individu untuk mengatasi masalah di hadapi.

 Pada keadaan normal,jumlah hormon kortisol pada pagi hari normal antara 39-690 nmol/liter.Sedang pada malam hari atau setelah pukul 12 malam-normalnya antara 69-345nmol/liter."kalau jumlah hormaon kortisolnya normal,diindikasikan orang iti tidak ikhlas kerna tertekan.Dengan soalt tahajud yang dilakukan secara rutin dan disertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa,seseorang akan memiliki renspons iman yang baik,yang kemungkinan besar akan terhindar penyakit infeksi dan kanser.Dan soalt tahajud yang dilakukan seperti itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik.

Saturday, 3 December 2011

MAKKAH DITAWAN PENGGANAS 1979~

“Pada 20 November 1979, Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dibantu oleh adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat mereka, menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan”

SERANGAN AWAL PAGI

Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas solat subuh, Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyenbunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.

Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab

KEPONGAN BERMULA

Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.

Disamping itu ada masalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama’ Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama’ Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.

Setelah usaha awal mereka gagal kerajaan Saudi terpaksa meminta bantuan pasukan anti keganasan GIGN dari Perancis. Tiga orang anggota GIGN secara rahsia memeluk islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam tanah haram Mekah. Walaupun mereka “masuk islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Saudi bagi menutup malu kegagalan mereka menamatkan pengepungan

PEMBEBASAN TEBUSAN

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya! Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut

Kesan selepas pembebasan

Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi

Siapa Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi?

seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Percaya yang semua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika. Beliau juga percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah merepek. Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara

KESAN JANGKA PANJANG

Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Binladin. Yep. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.

Insiden ini juga membakar semangat Osama ben Laden untuk menjadi pejuang Islam dimasa hadapan. Setahun kemudian Osama akan diusir dari Arab Saudi atas kelantangannya mengkritik keluarga Al Saud

Tuesday, 15 November 2011

                 Perbezaan antara lelaki dan perempuan yang dapat dilihat dalam perspektif agama



  • Lelaki
Lelaki bujang menanggung dosanya sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditangguh oleh bapanya. Lelaki berkahwin pula menanggung dosa diri sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
      
        Perbezaan ini jelas menunjukkan tanggungjawab lelaki sebagai khalifah di muka bumi bukan sesuatu yang mudah.
      
         Hukum menjelaskan anak lelaki perlu bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawab, maka dia berdosa terutama anak lelaki yang paling tua, manakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suami. Apabila isteri berbuat baik, dia dapat pahala, tetapi apabila dia berbuat tidak elok, dosanya ditanggung oleh suaminya. Berat bukan?
      
        Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri tetapi isteri tidak. Banyak lagi tangungjawab lelaki, lebih-lebih lagi yang bergelar suami. Apabila mahu dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggung, seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian usia wanita lebih panjang daripada lelaki. Lelaki lebih pendek usianya kerana tidak tertanggung berat dosanya.

        Namun lelaki ada keistimewaan yang dianugerahkan oleh Tuhan. Sekiranya tidak tahu, jadi perempuan sahaja.


  • Wanita
Aurat lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin daripada suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang daripada lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suami.
    
        Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


  • Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah bukan? Itulah perbandingan dengan wanita.

        Wanita perlu taat kepada suami sahaja tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu adalah wanita?
         Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya itu untuk menyara isteri dan anak-anak.
         Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh semua haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Tuhan di atas muka bumi ini. Manakala dosa-dosa kecilnya diampunkan oleh Tuhan.
  
         Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan kepada empat wanita iaitu isteri, ibu, anak perempuan dan saudara perempuan. Manakala wanita pula, tanggungjawab kepadanya ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu suami, ayah, anak dan saudara lelakinya.

         Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja iaitu sembahyang lima waktu, puasa dibulan ramadhan, taat kepada suami dan menjaga kehormatannya.

        Lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan akan turut menerima pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

       Masya-Allah, sayangnya Tuhan kepada wanita. Wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi lelaki. Lelaki juga istimewa kerana diangkat sebagai pemimpin oleh Tuhan.

      Jadi hargailah wanita sebaik-baiknya supaya nanti lelaki dan perempuan kembali kepada Tuhan di akhirat dalam keadaan yang bererti dan diterima. Seperti dalam Surah Ali Imran, ayat 103 yang membawa maksud, "Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan sudah dipersatukanNya hati kamu semua, sehingga dengan segera kamu menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya." Pada hari kiamat, manusia diberitahu akan segala yang sudah dikerjakannya dan yang sudah ditinggalkannya. Bahkan anggota badan akan menjadi saksi kepada perlakuan diri kerana mulut sudah tidak dapat berkata-kata pada waktu itu.

Friday, 14 October 2011

NASIHAT EMAK Vs NASIHAT BOYFRIEND~


senario hari ini, ramai perempuan yang ada kekasih hati ataupun yang ada jejaka idaman lebih suka dengar nasihat kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat ibu sendiri.

Sedar tidak sedar umur sudah meningkat. Kehidupan yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa makin dilupai.
...
Hadir pula insan baru dalam hidup. Kekasih yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.

Ketika itu mulalah lupa diri. Ibu bapa entah ke mana.

Sedangkan semasa kecil dahulu bagai menatang minyak yang penuh ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga kita menginjak dewasa.

Oleh itu, mana yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul?

Kekasih hati atau ibu bapa kita?

Situasi 1:

Mak: Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.

Minah: Laa, Minah penat ni.

Mak: Hmm..Alahai anak aku.

****

Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?

Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).

Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).



Situasi 2:

Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam. Tak elok. Anak dara keluar malam. Apa kata dek orang nanti. Nanti jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah, mak jugak.

Minah: Mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun, nak jumpa mamat kejap je. Hish!

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, abang hari ni duk jauh, ada kerja kat KL. Sayang kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pulak. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang.

Minah: Baiklah B, I ikut cakap you. Love you.


Situasi 3:

Mak: Minah, kenapa pakai baju ketat melekat ni? Malu mak tengok. Bahaya nak pakai macam ni, nanti orang lelaki gatal buat kacau.

Minah: Mak ni bising la. Orang taulah apa orang buat. Mak, orang dah masakla dengan perangai lelaki kat luar sana.

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, you pakai jean and baju seksi ni cantik tau. Tergoda i tapi i harap you pakai macam ni depan i je boleh? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, bahaya yang.

Minah: Ops, ye ke you tergoda? Hehehe. Ok B. I akan pakai depan you je. Mulai hari ni, I akan ubah penampilan I demi you.


Situasi 4:

Mak: Minah, Mak rasa kamu kahwin je la dengan si mamat tu cepat-cepat. Muak mak tengok keluar dengan jantan tanpa ikatan, melayan call dari jantan bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak.

Minah: Mak ni kan, suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles!

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, tak sabar pulak rasanya nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)

Minah: Weeee..I pun tak sabar nak kahwin dengan you, esok jugak I sanggup kahwin dengan you.


Situasi 5:

Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pulak romantik. Nak, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok nak.

Minah: Mak ni kan, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak? Orang cintakan Mamat. Biarlah, tau la zaman mak dulu tak ada handphone!

Mak: Alahai anak mak.

****

Mamat: Betul la. Abang tak ada perempuan lain, sumpah abang tak tipu!

Minah: B tipu, I nampak you jalan dengan betina tu! Tipu!!!

Mamat: Dahla, kalau tak percaya sangat putus jelah hubungan! Tak payah call-call and mesej-mesej dah!

Minah: ??????

-The End-


Maka, di manakah keberkatan kita andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Tetapi, pesanan kekasih hati terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya.

Oleh itu, kita fikirkanlah sendiri. Adakah kita mendambakan kehidupan yang bahagia atau merana?

Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati

KREDIT: iluvislam.com

Aliyah Najihah


´Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Di...a memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

breast breast... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Wednesday, 12 October 2011

~13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutupi Aurat~

                                                  

Pernah nasihat atau tegur k...awan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Sila Share Jika Anda Rasa Ia Membawa Kebaikan Kepada Orang Lain Untuk Membacanya..

*KIAMAT*



 
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) ya...ng memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, 30 September 2011

Bekas pelajar warga Sudan ke tali gantung kerana bunuh anak teman wanita


                                            WARGA Sudan, Mohannad Taha Ismail (tengah)
                          menerima hukuman gantung sampai atas pertuduhan membunuh seorang
                 anak teman wanitanya oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang bekas pelajar kolej warga Sudan selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya di sebuah kondominium di Cheras dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhi hukuman itu ke atas Mohannad Taha Ismail, 27, selepas mendapati pembelaan yang dibuat tertuduh tidak 'bermerit dan lesu', tidak masuk akal serta tidak melampaui keraguan munasabah.
Mohannad Taha didakwa membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3, di kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, antara jam 7.30 malam dan 8.30 malam pada 12 Oktober 2009.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin manakala tertuduh diwakili peguam Hisham Teh Poh Teik.

Mengikut fakta kes, seorang saksi iaitu pakar patologi forensik, Dr Abdul Karim Tajudin berkata terdapat 34 kesan kecederaan di seluruh badan mangsa dan kanak-kanak itu juga mengalami penderaan fizikal serta seksual.

Saksi itu juga mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan perdarahan teruk di bahagian selaput keras otak akibat goncangan yang kuat.
Ibu kanak-kanak itu, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang warga tempatan, dalam keterangannya pula berkata bahawa mangsa pernah mengadu ditumbuk dan dipukul oleh Mohannad Taha semasa ditinggalkan di bawah jagaan tertuduh.

Saksi itu juga mendakwa pernah melihat tertuduh memarahi dan memukul mangsa menggunakan penyangkut baju, pembaris serta tangan.

Aaliyah adalah anak hasil perkahwinan Ellina, dengan bekas suaminya Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.

Tertuduh kelihatan tenang selepas mendengar hukuman dan dibawa keluar dari mahkamah. - BERNAMA

Ku Korbankan Maruah Demi IBU~

    Kesengsaraan hidup kami bermula apabila ayah meninggalkan ibu kerana ingin bernikah lagi. Tanpa angin, tanpa ribut, tiba-tiba sahaja ayah menyatakan hasratnya untuk menceraikan ibu kerana ingin bernikah dengan seorang gadis sebayaku.


   Permintaan mendadak membuatkan ibu terkejut bukan kepalang. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa ayah tegar meninggalkan dirinya hanya kerana seorang gadis muda sehingga sanggup melupakan segala pengorbanannya selama ini.


   Ibu hampir hilang akal mendengar permintaan ayah. Dia merayu agar ayah tidak meninggalkan kami sekeluarga. Katanya, dia rela bermadu asalkan dirinya tidak diceraikan demi anak-anak yang masih belum mampu hidup berdikari kecuali diriku yang baru selesai menamatkan pengajian, keempat-empat adikku masih belajar dan memerlukan biaya pendidikan yang agak besar.
    Kedudukannya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa membuatkan ibu tambah risau. Dia bimbang sekiranya ayahtidak lagi menunaikan tanggungjawab dan memberi nafkah kepada anak-anak apabila berkahwin baru. Lebih dari itu, ibu bimbang adik bongsuku yang baru memasuki alam persekolahan akan ketandusan kasih sayang seoragn bapa.
    Namun, sayangnya segala rayuan ibu tidak ayah pedulikan. Tiada apa lagi yang mampu ibu lakukan untuk memujuk ayah. Keputusan lelaki berusia hampir setengah abad itu telah tetap. Apapun pujukan kami, segala-galanya tidak berbekas dihati ayah kerana keinginannya untuk bernikah lagi terlalu kuat.

     Hidup Susah
        Akhirnya, ayah selamat bernikah dengan gadis pujaannya. Seperti sangkaan ibu, ayah langsung memutuskan hubungannya dengan kami setelah berkahwin lain. Jangankan ingin menghulurkan wang untuk keperluan kami, khabar beritanya juga langsung tidak kami terima.
       Sebagai anak sulung, aku berusaha untuk menjejak ayah. Seburuk mana sekalipun kami pada pandangan matanya, dia perlu menjaga kebajikan diri kami, anak-anaknya. Dia wajib melunaskan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberikan nafkah buat diriku dan adik-adikku yang masih bersekolah. Tapi aku gagal untuk menjejaki ayah. Aku menanggung segala-galanya sendirian. Adik-adikku tidak tahu bahawa ayah telah benar-benar membuang kami. Sangka mereka meskipun tidak datang menziarahi, ayah masih membayar nafkah hidup kami.
        Ibu yang tidak bekerja, tidak mampu mebiayai kehidupan kami sekeluarga. Dengan keadaan dirinya yang cukup terpukul dengan ketidak setiaan ayah, ibu seolah-olah berputus asa untuk terus menjalani kehidupan. Tiada lagi, sinar ceria diwajah lembutnya. Tiada lagi, sentuhan kasih sayang dan kata-kata nasihat yang sering terlontar daripada bibirnya buat kami anak-anaknya.

      Pikul Tanggungjawab
         Selaku anak sulung, aku bertanggungjawab untuk mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga. Berbekalkan ijazah yang baru ku peroleh, aku berusaha untuk mencari pekerjaan agar mampu menampung kehidupan kami sekeluarga.
         Malangnya, rezeki bagaikan tertutup buat diriku. Sudah puas aku berusaha namun segala-galanya hanya sia-sia. Aku gagal mendapat sebarang pekerjaan yang boleh menampung perbelanjaan kehidupan kami sekeluarga.
         Aku benar-benar hampa mengapa Tuhan memberikan ujian begitu hebat kepada kami? Mengapa ayah tegar menzalimi anak-anaknya yang suatu ketika dulu cukup disayanginya? Semua persoalan ini benar-benar membuatku buntu.
        Suatu hari, aku bertemu dengan Sheena, rakan lamaku ketika di bangku persekolahan. Aku menceritakan tentang kesusahan hidup yang ku alami kepadanya. Aku juga meminta bantuan daripadanya untuk mecarikan pekerjaan buat diriku agar aku boleh memperoleh wang untuk membiayai kelangsungan pendidikan adik-adikku.
        Sheena segera menawarkan aku pekerjaan yang mudah untuk mendapatkan wang. "Kau cantik, jual saja diri kau. Aku pasti kau akan mendapat banya wang," kata Sheena. Tersentak aku mendengar cadangan Sheena, lantas meninggalkan dirinya dengan segera.
       Namun setibanya dirumah, cadangan gila Sheena berlegar-legar difikiranku. Walau tidak rela, aku fikir aku terpaksa melakukan sesuatu demi ibu dan adik-adikku. Aku perlu bekorban untuk mereka walau terpaksa menggadaikan maruah dan harga diriku sekalipun. Tambahan pula, sesi persekolahan dan pengajian akan bermula tidak lama lagi dan aku sebagai saudara tertua perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap adik-adikku.
       Lantas aku nekad untuk mengikut saranan Sheena. Aku menghubunginya dan meminta bantuan daripadanya kerana aku tahu sebagai seorang GRO, Sheena membayar diriku dengan harga lumayan. Seperti yang kuharap Sheena sanggup menolongku. Dia berjanji akan mencari lelaki kaya yang sanggup membayar lumayan untuk meniduriku.
        3 hari lepas itu, Sheena menghubungi dan menyatakan bahawa dia sudah berjumpa dengan lelaki yang sudi membayar nilai kegadisanku dengan harga tinggi, menjangkau ratusan ribu. Mendengar tawaran tersebut, aku lantas bersetuju.
        Biarpun sesekali akal warasku memujuk agar aku membatalkan hasrat gilaku itu, kuteruskan jua keputusan itu. Apatah lagi, apabila aku mengingati keadaan ibu yang cukup terluka dan sengsara dengan perbuatan ayah serta kesengsaraan yang bakal ditempuhi oleh adik-adikku dan betapa hidup mereka akan memberantakan kerana ketiadaan ilmu sebagai bekalan masa depan.
         Aku tahu diriku kini tak ubah seperti seorang pelacur yang sanggup menjual diri kerana wang. Tapi biarlah aku bekorban, asalkan keluargaku hidup bahagia dan sempurna. Biarlah aku derita, asalkan keluargaku tidak melarat kesusahan. Yang pasti mereka tidak perlu tahu akan perbuatanku kerana inilah pengorbanan yang kupilih untuk membahagiakan insan-insan tersayang didalam hidupku.

Thursday, 29 September 2011

TANGANI GEJALA BUANG BAYI!!!

GEJALA buang bayi di negara kita semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Setiap hari akhbar-akhbar utama memaparkan berita-berita pembuangan bayi tidak berdosa yang mendadi mangsa kedurjanaan ibu bapa sendiri.


  Malangnya, walaupun pelbagai cerita dan visual sadis yang menyentuh hati berkaitan gejala buang bayi dicetak dan disiarkan oleh media namun gejala tersebut tidak pernah berhenti. Bagaikan bermusim gejala ini akan kembali berulang seakan tiada noktahnya. 
  Gejala sosial seperti ini seharusnya tidak berlaku di negara yg menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Justeru, ia harus ditangani dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup.




           FAKTOR
1 Pergaulan bebas menjadi punca gejala buang bayi. Hubungan tanpa batasan antara lelaki dan wanita sehingga membawa kepada penzinaan dan hamil luar nikah menyebabkan pasangan terutama para remaja mengambil jalan singkat membuang bayi yang dilahirkan demi menutup dosa dan malu. budaya hindonisme yang membawa kepada hiburan yg melampau ini lazimnya diagung-agungkan sewaktu sambutan hari-hari tertentu seperti tahun baru, hari merdeka dan sebagainya.


2 Keengganan untuk kembali kepada ajaran agama yang merupakan asas kehidupan menyebabkan gejala buang bayi tidak ada noktahnya.   Individu yang terlibat akan terus melakukan penzinaan, melahirkan bayi luar nikah dan membuang bayi mereka tanpa rasa berdosa kerana tidak gentar dengan balasan Tuhan.




        Langkah Menangani
1 Peranan Individu
       Generasi muda perlu memiliki kesedaran diri yang tinggi dan kukuh. Mereka perlu mengisi jiwa dgn ilmu dan perkara-perkara yang berfaedah agar tidak lalai dengan keseronokan dunia yang memudaratkan. Sayangi ibu bapa dan tanamkan azam di dalam diri agar tidak melakukan sesuatu yang boleh memalukan dan mencemarkan nama baik keluarga.



2 Peranan Ibu Bapa
      Ibu bapa perlu memantau segala pergerakan dan pergaulan anak-anak agar tidak terlibat dengan gejala sosial seperti pergaulan bebas, seks bebas dan seks luar nikah. Selidik dan mengenal rakan-rakan anak bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Usaha mengenali rakan anak-anak juga dapat membantu dan memudahkan anda sekiranya sesuatu berlaku pada anak-anak.  Ikatan kekeluargaan yg rapat juga dapat membantu kerana anak-anak yang menyayangi keluuarga mereka tidak akan tergamak melakukan sesuatu yang boleh melukakan hati ibu bapa mereka.
      Selain itu, ibu bapa juga perlu membekalkan anak-anak dengan ilmu agama yang mencukupi sejak dari kecil lg agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan gaya hidup dan pergaulan yang semakin bebas. Asas agama yang mencukupi dapat menjadi benteng pertahanan diri kerana pengetahuan tersebut membuatkan mereka tidak terpengaruh dengan persekitaran buruk kerana mampu membezakan antara perbuatan baik dengan perbuatan buruk.


3 Peranan Kerajaan
      
Kerajaan perlu mengkaji semula hukuman dan denda terhadap individu yang membuang bayi. hukuman yang tegas dan berat perlu dilaksanakan bg mewujudkan perasaan gentar didalam diri individu agar mereka serik dan takut untuk membuang bayi. Keadaan ini secara tidak langsung dapat membendung pergaulan yang melangkaui batasan agama.

      Selain itu, pusat-pusat jagaan dan perlindungan wanita perlu memainkan peranan di dalam membantu remaja wanita yang hamil di luar nikah. Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak dengan perasaan malu. Untuk menutup aib keluarga, mereka bertindak membuang bayi yang dilahirkan. Rumah-rumah perlindungan ini perlu bertindak sebagai tempat mengadu dan memberikan bimbingan agama kepada bakal-bakal ibu ini agar tidak terus hanyut dengan keseronokan dunia. Dengan cara ini, nyawa bayi yang tidak berdosa dapat diselamatkan manakala ibu-ibu tersebut boleh menebus dosa mereka dengan menjadi masyarakat yang berguna.
      Penubuh bank bayi juga dilihat sebagai satu langkah di dalam menangani gejala buang bayi. Bukan menggalakkan, sekadar memberi perlindungan kepada bayi-bayi yang tidak dikehendaki oleh ibu bapa sendiri. Anak-anak ini akan diasuh dan dididik oleh pihak terlibat sehingga dewasa dan mampu hidup berdikari. Ini secara tidak langsung dapat menjamin nasib dan masa depan anak-anak berbanding tragedi yang menimpa seandainya bayi dibuang sebaik dilahirkan.
       Mengadakan kempen-kempen dan program motivasi yang menerangkan tentang kesan dan keburukan akibat pergaulan bebas dan seks luar nikah. Pengakuan dan pendedahan berbentuk kisah benar serta motivasi \kesedaran berhubung dosa perlu diberikan kepada remaja bagi membangkitkan kesedaran, memperkuatkan rasa insaf dan perasaan takut dikalangan generasi muda untuk melakukan dosa.






                  FAKTA KES

  • 10 FEBRUARI 2010
Mayat seorang bayi perempuan dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Buyung di Melaka.

  • 9 FEBRUARI 2010
Seorang bayi perempuan dijumpai di Alor Setar, Kedah

  • 8 FEBRUARI 2010
Mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

  • 8 JANUARI 2010
Seorang bayi lelaki seberat 3kg dijumpai didalam sebuah kotak sayur di kebun sayur, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang.

Monday, 26 September 2011

7 Punca Utama Kemerosotan Kewangan

Apabila di sebut kegagalan kewangan ramai yang cuba untuk menafikannya walaupun menyedari ia sebenarnya telah berlaku. Dalam soal kegagalan ini segalanya adalah berpunca daripada kelemahan diri sendiri dalam merancang dan menguruskan kewangan secara bijak.


Biarpun ia merupakan kesilapan umum
namun kajian secara mendalam harus dibuat
agar kesilapan yang sama tidak lagi berulang. 
Antaranya:

1 Suka berhutang dan gagal memahami konsep pengurusan kredit.
     Sikap suka berhutang terutamanya sering berbelanja menggunakan kad kredit merupakan satu kesilapan besar. Ramai yang tidak menyedarinya kerana menganggap urus niaga dgn kad kredit lebih mudah dan selamat. Kad kredit sebenarnya merupakan jerat utama kepada masalah kewangan. Anda mungkin akan dijerat dengan kadar faedah yang tinggi sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut tempoh yg ditetapkan.

2 Pelaburan secara sah.
        Skim pelaburan yang pelbagai membuatkan anda rambang mata dan mudah menerima pelbagai tawaran menarik tanpa mengkaji akan keberkesanannya. Ini menyebabkan ramai individu mengalami kerugian akibat tertipu dgn skim pelaburan yang dijanjikan. Ingin cepat kaya tanpa mengkaji dan mendalami ilmu menjadi penyebab anda mudah ditipu.


3 Suka bertangguh untuk merancang.
      Tunggu dan lihat merupakan sikap individu yg bakal berdepan dengan kegagalan. Dalam soal merancang kewangan ramai yang gemar bertangguh kerana beranggapan ia merupakan perkara remeh. Biarpun kita menyedari perancangan itu penting, namun masih tiada usaha untuk melaksanakannya. Akhirnya, perancangan itu tertangguh dan terus tertangguh.


4 Kegagalan dalam menyimpan
     Ketika di awal kerjaya, kita sering menganggap masih terlalu awal untuk membuat simpanan. Perhatian hanya diberikan terhadap perbelanjaan tanpa memikirkan soal simpanan. Sebenarnya, usia muda merupakan medan untuk anda mengumpul kekayaan dgn menyimpan secara terancang. Soal kekurangan wang tidak akan timbul sekiranya anda bijak mengimbangi antara perbelanjaan dgn simpanan.


5 Tiada matlamat kewangan.
     Sesetengah individu tidak pernah mempunyai matlamat untuk meningkatkan sumber kewangan atau menyelesaikan hutang dalam tempoh singkat. Begitu juga bagi individu yang ingin memiliki kereta tetapi tidak mempunyai matlamat untuk menyimpan. Apabila kita mempunyai matlamat, maka lebih mudah untuk kita merancang dan seterusnya melaksanakan.

6 Jahil konsep nilai masa wang.
     Nilai wang pada hari ini tidak akan sama nilai pada masa akan datang. Jika pada hari ini kita boleh mendapatkan 10 barangan pada harga RM1,000, namun dalam tempoh lima tahun akan datang kita mungkin hanya mampu memiliki lima barangan pada nilai harga yang sama. Kejahilan terhadap konsep nilai wang inilah yang menyebabkan ramai yang tidak berjimat dan membuat simpanan.

7 Keegoan menerima nasihat kewangan.
     Ego dan menganggap diri sendiri mampu menguruskan kewangan dengan bijak tanpa merujuk kepada penasihat kewangan juga menjadi punca kepada kegagalan. Kita masih enggan mendapatkan nasihat kewangan bertauliah biarpun telah menyedari cara penilaian kewangan yang dibuat itu salah. Kita terus menuggu dan akhirnya membuat kesilapan.

Friday, 23 September 2011

Kisah Juha Dengan Seorang Penipu


Pada suatu hari Juha sedang duduk termenung di depan pintu rumahnya..dia merenung kepada seutas rantai emas di tangannya. Rantai emas tersebut adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Kerana yang selainnya sudah habis di jual untuk membayar segala hutang-hutangnya. Sebab sebelum ini dia banyak berhutang setelahmana dia menanggung kerugian dalam berniaga.

Oleh kerana dia sekarang ini terlalu kesempitan harta, maka dia tidak bercadang untuk menjual rantai emas tersebut. Biarlah rantai tersebut di simpan buat selama-lamanya kerana ianya adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Akhirnya dalam masa yang sama dia mengambil keputusan untuk bermusafir iaitu untuk membina hidup baru dengan azam baru. Tanpa berlengah terus dia bersiap sedia untuk memulakan permusafirannya kerana kebetulan dalam masa yang sama ada satu kabilah yang di pimpin oleh seorang saudagar yang terkenal akan berangkat pulang ke negaranya dengan barang dagangan serta hasil keuntungan yang banyak. Kabilah tersebut adalah dari negara jiran. Dia pergi berjumpa saudagar tersebut...lalu meminta untuk bekerja dengannya. Tanpa banyak bicara saudagar tersebut terus menerimanya menjadi salah seorang pekerjanya.

Pergilah dia bersama-sama dengan kabilah tersebut....sampai di negara tersebut dia pun terus bekerja dengan saudagar tersebut dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh sekali. Setelah agak lama dia bekerja si saudagar tadi melihat bahawa Juha adalah seorang pekerja yang baik...bagus...rajin lagi tekun. Maka tanpa banyak fikir dia memilih Juha untuk turut serta dengan kabilah yang bakal di hantarnya besok hari untuk pergi berniaga ke negara jiran.

Setelahmana Juha mendapat tahu bahawa dia terpilih untuk turut serta dengan kabilah tersebut....maka mulalah dia terfikir bahawa sudah pasti berbulan-bulan lamanya dia akan pergi....perjalanan pula memakan masa agak lama....jadi rantai emas satu-satunya peninggalan orang tuanya mesti di simpam baik-baik....dia tidak boleh untuk membawanya. Kerana mana tahu dalam perjalanan nanti kabilahnya akan di rompak.

Puas dia berfikir pada siapa hendak dia amanahkan rantai emas tersebut untuk di simpan. Sebab apa ! sebab dia orang baru di situ....dia baru tinggal di situ buat beberapa bulan saja...jadi dia belum kenal banyak orang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kepada jiran sebelahnya....kerana dia melihat bahawa jiran sebelahnya boleh di percayai. Orangnya agak berumur, pemurah, baik hati, juga seorang peniaga yang terkenal di bandar tersebut.

Pada keesokan harinya sebelum bertolak....pagi-pagi lagi Juha telah pergi kerumah orang tua tersebut. Dia mengetuk pintu rumah...tidak lama kemudian pintu pun di buka dan keluarlah orang tua tadi dengan senyuman lebar. Tanpa banyak bicara Juha pun berkata :

"Wahai Tuan ! aku adalah jiran kamu dan aku adalah orang asing di sini. Baru beberapa bulan saja aku tinggal di sini. Jadi aku mahu bermusafir dengan kabilah saudagar si polan untuk berniaga ke negara jiran. Oleh kerana merasa bimbang jadi aku minta agar kamu sudi untuk menerima suatu amanah untuk kamu simpankan buat seketika. Bila pulang nanti aku akan ambil semula...barang tersebut ialah rantai emas ini !".

Juha pun mengeluarkan rantai tersebut dari poket jubahnya. Bila orang tua tadi terlihat rantai emas tersebut....matanya tidak berkelip-kelip.....tetapi untuk menyembunyikan perasaan tamaknya dia pun berkata demi menenangkan hati Juha :
"Wahai saudaraku ! sesungguh amanah adalah suatu yang besar lagi berat. Aku boleh menerimanya tetapi dengan syarat kalaulah berlaku apa-apa janganlah kamu menyalahkan aku. Sebab apa ! aku ni pun dah berumur dan uzur pulak tu....katalah di takdirkan Allah aku mati sedangkan kamu belum pulang-pulang lagi lebih-lebih pulak aku tidak ada waris untuk aku amanahkan rantai ini !".

Berkata Juha : "Wahai Tuan ! tidak mengapalah aku yakin bahawa kamu adalah seorang yang amanah. Seandainya berlaku yang sedemikian aku memaafkannya terlebih awal....walau bagaimanapun kamu cubalah cari sesiapa yang boleh menyimpan amanah ini sementara aku pulang semula nanti. Dan seandainya aku yang mati dulu sebelum kamu, maka aku berharap kamu dapat jualkan rantai emas ini dan duitnya kamu sedekahkah kepada fakir miskin juga sesiapa yang memerlukannya !. Rasanya kita tidak memerlukan sesiapa pun untuk menjadi saksi kerana Allah swt sudah cukup untuk menjadi saksi !".

Orang tua tadi pun setuju dengan apa yang di perkatakan oleh Juha.....di terimanya amanah tersebut. Lalu tanpa berlengah Juha pun terus meminta izin untuk pergi kerana kabilahnya sudah hampir mahu berangkat. Tidak lama kemudian berangkatlah Juha bersama-sama kabilah tersebut dengan hati penuh tenang....dengan penuh keyakinan terhadap orang tua tadi.

Permusafirannya memakan masa agak lama... berbulan-bulan lamanya. Selang beberapa bulan barulah Juha pulang berserta kabilah perniagaannya dengan membawa hasil keuntungan yang banyak. Sebelum pulang Juha sempat membeli satu hadiah untuk dia hadiahkan kepada orang tua yang menyimpan amanahnya tanda terima kasihnya. Sudah pastilah ianya juga adalah suatu hadiah yang juga berharga.

Bila sampai saja...tanpa berlengah terus Juha meminta izin untuk pergi kerumah orang tua tersebut. Oleh kerana terlalu gembira saudagar yang punya kabilah pun terus mengizinkannya. Juha terus berlari kerumah orang tua tersebut dengan hati penuh gembira...tidak sabar untuk melihat semula rantai emas peninggalan orang tuanya.

Sampai saja kerumah orang tua tersebut terus dia mengetuk pintu sambil memberi salam : "Assalamualaikum!" kemudian kedengaran suara menjawab dari dalam sambil lewa sahaja....mahu tak mahu seakan-akan tidak menghiraukan siapa yang memberi salam : "Waalaikumussalam !!".

Setelah agak lama menunggu barulah pintu di buka....tuan rumah membuka pintu untuk melihat siapa yang memberi salam tadi. Juha terus melemparkan senyuman manis kepada orang tua tersebut. Akan tetapi orang tua tersebut sama sekali tidak membalas senyuman Juha...seakan-akan dia tidak pernah mengenali Juha.

Walau bagaimana pun Juha terus menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya kepada orang tua tersebut seraya berkata : "Aku harap kamu sudi menerima hadiahku ini sebagai tanda terima kasihku terhadap kamu. Kerana kamu sudi menerima amanahku...terima kasihlah kerana kamu sungguh baik hati !".

Akan tetapi orang tua tadi memberi isyarat seakan-akan dia tidak faham apa maksud kata-kata Juha....dia memberi isyarat seakan-akan dia sama sekali tidak mengenali Juha....lantas dia berkata : "Eh ! apa yang kamu katakan ini ! apa dia amanah yang kamu katakan itu ! dan aku tak pernah pun mengenali kamu !". Dengan serba salah Juha pun berkata : "Eh ! bukankah aku ada meminta kamu menyimpan rantai emas sebagai satu amanah pada kamu dulu !".

Dengan suara yang tinggi tiba-tiba orang tua tadi berkata sambil menudingkan jari kepada Juha : "Pergilah kamu dari sini ! aku rasa kamu ni gila ! aku tak pernah berkenalan dengan kamu langsung dan aku tidak ada menerima apa-apa amanah dari kamu !. Aku harap kamu boleh pergi segera sebelum aku memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Seakan-akan mahu tercabut kepala Juha dari badan bila mendengar kata-kata si orang tua tadi. Dia cuba menenangkan orang tua tersebut....dia cuba menceritakan cerita sebenar, tetapi orang tua tadi menolak mentah-mentah....semuanya di nafikan dengan memaki serta menjerit-jerit ke muka Juha : "Pergi kamu dari sini ! aku tidak mahu tengok muka kamu!".

Tanpa banyak bicara terus Juha meninggalkan rumah orang tua tersebut dengan hati penuh tanda tanya... penuh kecewa...tidak tahu apa yang hendak di lakukan lagi. Lama dia duduk termenung di depan pintu rumahnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tuan Hakim lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.....di ceritakan tentang orang tua yang telah mengkhianatinya. Tetapi sebelum pergi kerumah Tuan Hakim hati kecilnya berkata :
"Apa pula yang akan dapat di lakukan oleh Tuan Hakim selagimana si orang tua itu tetap juga menafikan bahawa dia tidak ada menerimana apa-apa amanah dariku...lebih-lebih lagi aku tidak mempunyai bukti mahupun saksi !....mana mesti aku dapatkan bukti dan saksi sebab aku tidak ada menulis apa-apa tentang amanah tersebut !?".

Akan tetapi Juha sama sekali tidak berputus asa dan yang penting dia tidak mahu kehilangan satu-satunya harta peninggalan orang tuanya. Terus dia berfikir dan berfikir bagaimana untuk mendapatkan semula hartanya itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi bertemu terus dengan Tuan Gabenor bandar tersebut untuk mengadu hal. Tanpa berlengah terus dia pergi kerumah Tuan Gabenor. Sampai di depan pintu istana dia meminta izin untuk masuk...tetapi pengawal pintu tidak mengizinkannya selagimana dia tidak menceritakan apa sebab dia mahu bertemu Tuan Gabenor.

Juha pun menceritakan tujuannya dengan nada penuh sedih. Lalu pengawal pun berkata : "Baiklah ! kamu tunggu di sini sebentar...aku akan berjumpa Tuan Gabenor untuk meminta izin buat kamu masuk menemuinya !". Juha pun menunggu di pintu istana dengan penuh pengharapan. Tidak lama kemudian pengawal pun datang seraya berkata : "Ha ! masuklah Juha ! Tuan Gabenor telah mengizinkan kamu masuk !".

Dengan penuh gembira...tanpa berlengah terus Juha masuk ke dalam istana untuk bertemu Tuan Gabenor. Sampai di depan Tuan Gabenor terus Juha ceritakan apa yang sebenarnya berlaku...oleh kerana tidak tertahan kesedihannya Juha pun menangis semahu-mahunya. Simpati Tuan Gabenor di buatnya lantas beliau berkata : "Kenapa kamu tidak pergi terlebih dahulu kepada Tuan Hakim !?".

Jawab Juha : "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa bukti ataupun saksi. Dan kerana aku katakan padanya bahawa saksi kita ialah Allah swt !". Mendengar yang demikian beliau pun berkata : "Kalau begitu ! aku pun tidak boleh untuk berbuat apa-apa....kamu tidak mempunyai apa-apa bukti. Kalaulah di bawa orang tua itu kesini sudah pasti dia akan menafikannya wahai Juha !".

Mereka semua menjadi buntu, suasana senyap seketika. Tiba-tiba Juha berkata : "Wahai Tuan Gabenor ! aku ada satu jalan...kalau berjaya jalan ini, maka akan jelaslah bahawa orang tua tersebut adalah seorang penipu dan suka mengkhianati amanah orang. Akan tetapi sekiranya perancangan aku ini tidak berjaya, maka janganlah kamu lakukan apa-apa kekerasan terhadap orang tua tersebut !".

Tuan Gabenor pun bersetuju untuk mendengarnya....Juha pun mulalah memberitahu tentang perancangannya satu persatu. Tuan Gabenor mendengarnya dengan teliti sekali. Beliau mendengarnya dengan begitu minat sekali sambil terdetik di dalam kepalanya : "Bahawa Juha ini seorang yang cerdik juga !". Akhirnya beliau pun bersetuju untuk melakukan seperti apa yang telah di sarankan oleh Juha demi memberi pengajaran kepada orang tua yang suka menipu tadi.

Pada keesokan paginya Juha terus membawa sebuah kerusi lalu di letakkan betul-betul di depan kedai kepunyaan orang tua tersebut....lalu dia pun duduk di atas kerusi tersebut...dia duduk dengan penuh ego dan sombong sekali. Lantas dia melemparkan pandangannya ke arah orang tua yang sedang duduk di dalam kedainya dengan pandangan sinis dan tajam seolah-olah sedang bermusuhan. Melihatkan yang demikian orang tua tadi pun merasa pelik...lama kelamaan dia mula naik marah. Oleh kerana tidak sabar dia terus bangun menuju ke arah Juha yang sedang duduk di depan kedainya. Juha tetap tenang dan tidak bergerak sama sekali, seakan-akan tidak memperdulikannya.

Bertambah marahlah si orang tua tadi....dengan kemarahan yang membuak dia terus menyentap leher baju Juha seraya berkata : "Eh ! kenapa kamu duduk di sini tanpa keizinan dariku....ini adalah kawasan kedaiku. Aku beri amaran sekiranya kamu tidak mahu pergi aku akan memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Rupa-rupanya secara sepontan beberapa orang pengawal istana pun datang....mereka terus meleraikan pergaduhan tersebut. Orang tua tadi tidak berpuashati seraya berkata : "Orang ini duduk di depan kedaiku tanpa keizinanku, sudah begitu dia melihat ke arahku dengan penuh ego dan sombong sekali sedangkan aku tidak pernah mengenalinya !".

Serta-merta pengawal tersebut berkata dengan suara penuh lembut : "Tuan ! kawasan ini adalah jalan umum. Orang ramai berhak untuk berbuat apa saja...samaada mahu duduk...berdiri. Jadi Tuan yang mulia ini tak salah. Dia berhak duduk di sini walaupun kamu kata kawasan ini berada dalam hak kamu. Dia berhak walaupun kalau dia mahu duduk di atas kepala kamu sekalipun. Jadi adakah kamu faham wahai orang tua yang tak sedar diri !?".

Bentak si pengawal sambil mempersilakan Juha duduk semula ke atas kerusinya : "Silakan duduk Tuan! silakan!" lantas si pengawal tadi pun mengambil segelas air lalu di berikan kepada Juha sambil berkata : "Sila minum Tuan! Tuan kalau ada apa-apa kami semua sedia berkhidmat untuk Tuan!".

Semua itu terus di saksikan oleh orang tua tadi dengan penuh kehairanan...tetapi kemarahannya terus membuak. Dalam hatinya berkata : "Eh ! siapakah sebenarnya lelaki ini ! hinggakan pengawal istana pun begitu hormat sekali terhadapnya !?"..seakan-akan ada sesuatu yang dia tidak mengetahuinya.

Tidak lama kemudian kedengaran suara melaung : "Orang ramai ! beri laluan kerana kenderaan Tuan Gabenor mahu lalu !"....tahulah orang ramai bahawa Tuan Gabenor telah berbesar hati untuk meninjau keadaan di pasar....semua yang hadir berdiri memberi penghormatan. Kebetulan tempat Juha duduk itu adalah kawasan jalan umum yang bakal di lalui oleh kenderaan Tuan Gabenor. Orang tua tadi terus bergegas berdiri di depan kedainya memberi hormat. Tetapi yang pelik lagi ialah Juha sama sekali tidak bangun....bahkan dia terus duduk tenang seakan-akan tidak menghiraukan bahawa kenderaan Tuan Gabenor semakin menghampirinya.

Tidak lama kemudian sampailah kenderaan Tuan Gabenor di hadapan Juha....tiba-tiba berhenti kenderaan tersebut....lantas serta merta Tuan Gabenor turun dari kenderaan seraya berkata : "Wahai saudara ! mengapalah kamu tidak beritahu aku bahawa kamu datang kesini ! sudahlah begitu kamu tidak mahu berziarah ke istana pulak tu !. Sesungguhnya kami semua terlalu merindui kamu kerana sudah lama tak jumpa !".....Juha terus bangun lantas memeluk Tuan Gabenor dengan begitu mesra sekali.

Ini semakin menjadikan orang tua tadi kehairanan. Tahulah dia bahawa Juha bukan sebarang orang....dia dari kerabat Tuan Gabenor juga...mulalah dia merasa serba salah. Sebelum Tuan Gabenor beredar Juha berkata :
"Baiklah ! nanti aku akan pergi ke istana....sebab aku ada beberapa urusan yang mesti di selesai hari ini. Kalau tak selesai nanti aku beritahu kamu lah kerana sebenarnya aku tidak mahu menyusah-nyusahkan kamu dan aku yakin bahawa sudah pasti kamu akan dapat membantu aku. Nanti sajalah kita bertemu di istana... !". Tuan Gabenor pun memberi salam : "Assalamualaikum !"...jawab Juha : "Waalaikumussalam !".

Melihat yang demikian orang tua tadi hampir-hampir mahu pengsan, tahulah dia bahawa selama ini dia sengaja menempah bala. Dia telah bermusuhan dengan kerabat istana....dia tahu sendiri apa balasan yang sedang menunggunya. Tanpa banyak bicara terus dia berlari masuk ke dalam kedai ....di ambilnya rantai emas dari laci meja...lalu berlari semula keluar kedai menemui Juha sambil katanya dalam ketakutan : "Wahai Tuan ! ambil lah semua rantai emas yang kamu amanahkan kepadaku dulu. Aku minta maaf banyak-banyak !...aku berjanji tidak akan melakukannya lagi!" sambil dia mencium-cium tangan Juha.

Melihatkan yang demikian pengawal istana terus menangkap orang tua tersebut....jelaslah bahawa selama ini memang orang tua tersebut suka berbuat khianat kepada sesiapa yang ada memberi amanah kepadanya. Orang tua tersebut terus di bawah ke istana untuk di bicarakan... setelah mengaku bersalah Tuan gabenor pun mengambil keputusan supaya dia di penjara buat seketika untuk memberi pengajaran kepadanya. Sambil beliau berkata :

"Memang benarlah bahawa kamu ini adalah salah seorang yang telah di sabdakan oleh baginda Rasulullah saw dalam hadisnya yang berbunyi : "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga : "Bila berkata-kata dia dusta, bila berjanji dia ingkari dan bila di beri amanah dia khianat !"...maka balasan untuk orang seperti kamu ini ialah penjara di dunia dan neraka di akhirat !".

Mendengar yang demikian orang tua tadi menjerit-jerit meminta maaf dari Juha dan juga dari Tuan Gabenor moga di ampunkan kesalahannya...dan dia benar-benar bertaubat : "Maafkanlah aku ! maafkanlah aku ! aku bertaubat dan aku berjanji tidak akan berlaku khianat lagi !".

p/s: jangan pernah sesekali kita mensia-siakan amanah orang & jangan menipu. RENUNG-RENUNGKAN