Monday, 26 September 2011

7 Punca Utama Kemerosotan Kewangan

Apabila di sebut kegagalan kewangan ramai yang cuba untuk menafikannya walaupun menyedari ia sebenarnya telah berlaku. Dalam soal kegagalan ini segalanya adalah berpunca daripada kelemahan diri sendiri dalam merancang dan menguruskan kewangan secara bijak.


Biarpun ia merupakan kesilapan umum
namun kajian secara mendalam harus dibuat
agar kesilapan yang sama tidak lagi berulang. 
Antaranya:

1 Suka berhutang dan gagal memahami konsep pengurusan kredit.
     Sikap suka berhutang terutamanya sering berbelanja menggunakan kad kredit merupakan satu kesilapan besar. Ramai yang tidak menyedarinya kerana menganggap urus niaga dgn kad kredit lebih mudah dan selamat. Kad kredit sebenarnya merupakan jerat utama kepada masalah kewangan. Anda mungkin akan dijerat dengan kadar faedah yang tinggi sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut tempoh yg ditetapkan.

2 Pelaburan secara sah.
        Skim pelaburan yang pelbagai membuatkan anda rambang mata dan mudah menerima pelbagai tawaran menarik tanpa mengkaji akan keberkesanannya. Ini menyebabkan ramai individu mengalami kerugian akibat tertipu dgn skim pelaburan yang dijanjikan. Ingin cepat kaya tanpa mengkaji dan mendalami ilmu menjadi penyebab anda mudah ditipu.


3 Suka bertangguh untuk merancang.
      Tunggu dan lihat merupakan sikap individu yg bakal berdepan dengan kegagalan. Dalam soal merancang kewangan ramai yang gemar bertangguh kerana beranggapan ia merupakan perkara remeh. Biarpun kita menyedari perancangan itu penting, namun masih tiada usaha untuk melaksanakannya. Akhirnya, perancangan itu tertangguh dan terus tertangguh.


4 Kegagalan dalam menyimpan
     Ketika di awal kerjaya, kita sering menganggap masih terlalu awal untuk membuat simpanan. Perhatian hanya diberikan terhadap perbelanjaan tanpa memikirkan soal simpanan. Sebenarnya, usia muda merupakan medan untuk anda mengumpul kekayaan dgn menyimpan secara terancang. Soal kekurangan wang tidak akan timbul sekiranya anda bijak mengimbangi antara perbelanjaan dgn simpanan.


5 Tiada matlamat kewangan.
     Sesetengah individu tidak pernah mempunyai matlamat untuk meningkatkan sumber kewangan atau menyelesaikan hutang dalam tempoh singkat. Begitu juga bagi individu yang ingin memiliki kereta tetapi tidak mempunyai matlamat untuk menyimpan. Apabila kita mempunyai matlamat, maka lebih mudah untuk kita merancang dan seterusnya melaksanakan.

6 Jahil konsep nilai masa wang.
     Nilai wang pada hari ini tidak akan sama nilai pada masa akan datang. Jika pada hari ini kita boleh mendapatkan 10 barangan pada harga RM1,000, namun dalam tempoh lima tahun akan datang kita mungkin hanya mampu memiliki lima barangan pada nilai harga yang sama. Kejahilan terhadap konsep nilai wang inilah yang menyebabkan ramai yang tidak berjimat dan membuat simpanan.

7 Keegoan menerima nasihat kewangan.
     Ego dan menganggap diri sendiri mampu menguruskan kewangan dengan bijak tanpa merujuk kepada penasihat kewangan juga menjadi punca kepada kegagalan. Kita masih enggan mendapatkan nasihat kewangan bertauliah biarpun telah menyedari cara penilaian kewangan yang dibuat itu salah. Kita terus menuggu dan akhirnya membuat kesilapan.

No comments:

Post a Comment