Thursday, 29 September 2011

TANGANI GEJALA BUANG BAYI!!!

GEJALA buang bayi di negara kita semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Setiap hari akhbar-akhbar utama memaparkan berita-berita pembuangan bayi tidak berdosa yang mendadi mangsa kedurjanaan ibu bapa sendiri.


  Malangnya, walaupun pelbagai cerita dan visual sadis yang menyentuh hati berkaitan gejala buang bayi dicetak dan disiarkan oleh media namun gejala tersebut tidak pernah berhenti. Bagaikan bermusim gejala ini akan kembali berulang seakan tiada noktahnya. 
  Gejala sosial seperti ini seharusnya tidak berlaku di negara yg menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Justeru, ia harus ditangani dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup.




           FAKTOR
1 Pergaulan bebas menjadi punca gejala buang bayi. Hubungan tanpa batasan antara lelaki dan wanita sehingga membawa kepada penzinaan dan hamil luar nikah menyebabkan pasangan terutama para remaja mengambil jalan singkat membuang bayi yang dilahirkan demi menutup dosa dan malu. budaya hindonisme yang membawa kepada hiburan yg melampau ini lazimnya diagung-agungkan sewaktu sambutan hari-hari tertentu seperti tahun baru, hari merdeka dan sebagainya.


2 Keengganan untuk kembali kepada ajaran agama yang merupakan asas kehidupan menyebabkan gejala buang bayi tidak ada noktahnya.   Individu yang terlibat akan terus melakukan penzinaan, melahirkan bayi luar nikah dan membuang bayi mereka tanpa rasa berdosa kerana tidak gentar dengan balasan Tuhan.




        Langkah Menangani
1 Peranan Individu
       Generasi muda perlu memiliki kesedaran diri yang tinggi dan kukuh. Mereka perlu mengisi jiwa dgn ilmu dan perkara-perkara yang berfaedah agar tidak lalai dengan keseronokan dunia yang memudaratkan. Sayangi ibu bapa dan tanamkan azam di dalam diri agar tidak melakukan sesuatu yang boleh memalukan dan mencemarkan nama baik keluarga.



2 Peranan Ibu Bapa
      Ibu bapa perlu memantau segala pergerakan dan pergaulan anak-anak agar tidak terlibat dengan gejala sosial seperti pergaulan bebas, seks bebas dan seks luar nikah. Selidik dan mengenal rakan-rakan anak bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Usaha mengenali rakan anak-anak juga dapat membantu dan memudahkan anda sekiranya sesuatu berlaku pada anak-anak.  Ikatan kekeluargaan yg rapat juga dapat membantu kerana anak-anak yang menyayangi keluuarga mereka tidak akan tergamak melakukan sesuatu yang boleh melukakan hati ibu bapa mereka.
      Selain itu, ibu bapa juga perlu membekalkan anak-anak dengan ilmu agama yang mencukupi sejak dari kecil lg agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan gaya hidup dan pergaulan yang semakin bebas. Asas agama yang mencukupi dapat menjadi benteng pertahanan diri kerana pengetahuan tersebut membuatkan mereka tidak terpengaruh dengan persekitaran buruk kerana mampu membezakan antara perbuatan baik dengan perbuatan buruk.


3 Peranan Kerajaan
      
Kerajaan perlu mengkaji semula hukuman dan denda terhadap individu yang membuang bayi. hukuman yang tegas dan berat perlu dilaksanakan bg mewujudkan perasaan gentar didalam diri individu agar mereka serik dan takut untuk membuang bayi. Keadaan ini secara tidak langsung dapat membendung pergaulan yang melangkaui batasan agama.

      Selain itu, pusat-pusat jagaan dan perlindungan wanita perlu memainkan peranan di dalam membantu remaja wanita yang hamil di luar nikah. Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak dengan perasaan malu. Untuk menutup aib keluarga, mereka bertindak membuang bayi yang dilahirkan. Rumah-rumah perlindungan ini perlu bertindak sebagai tempat mengadu dan memberikan bimbingan agama kepada bakal-bakal ibu ini agar tidak terus hanyut dengan keseronokan dunia. Dengan cara ini, nyawa bayi yang tidak berdosa dapat diselamatkan manakala ibu-ibu tersebut boleh menebus dosa mereka dengan menjadi masyarakat yang berguna.
      Penubuh bank bayi juga dilihat sebagai satu langkah di dalam menangani gejala buang bayi. Bukan menggalakkan, sekadar memberi perlindungan kepada bayi-bayi yang tidak dikehendaki oleh ibu bapa sendiri. Anak-anak ini akan diasuh dan dididik oleh pihak terlibat sehingga dewasa dan mampu hidup berdikari. Ini secara tidak langsung dapat menjamin nasib dan masa depan anak-anak berbanding tragedi yang menimpa seandainya bayi dibuang sebaik dilahirkan.
       Mengadakan kempen-kempen dan program motivasi yang menerangkan tentang kesan dan keburukan akibat pergaulan bebas dan seks luar nikah. Pengakuan dan pendedahan berbentuk kisah benar serta motivasi \kesedaran berhubung dosa perlu diberikan kepada remaja bagi membangkitkan kesedaran, memperkuatkan rasa insaf dan perasaan takut dikalangan generasi muda untuk melakukan dosa.






                  FAKTA KES

  • 10 FEBRUARI 2010
Mayat seorang bayi perempuan dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Buyung di Melaka.

  • 9 FEBRUARI 2010
Seorang bayi perempuan dijumpai di Alor Setar, Kedah

  • 8 FEBRUARI 2010
Mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

  • 8 JANUARI 2010
Seorang bayi lelaki seberat 3kg dijumpai didalam sebuah kotak sayur di kebun sayur, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang.

No comments:

Post a Comment