Wahai isteri, kumulakan tulisan ini dengan rintihan kepada allah.Mudah-mudahan rintihan ini menjadi rintihan hatimu juga.Ya allah...aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami.Mudah-mudahan keluh- kesah dan resah gelisah kami menerima ketentuan-Mu ini,Kau ampuni dan didkira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hamba-Mu yang berdosa.Semoga kesedihan dan kebimbangan kami di waktu-waktu tertentu dalam menempuh ujian ini dininla sebagai langkah menuju-Mu di jalan mujahadah.
Kami lemah ya allah....namun kami tetap yakin Kau menguji kami ini dengan maksud yang baik.Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuan kami menanggungnya.Kami berdoa ya allah...agar ujian ini menjadi penebus dosa bagi dosa-dosa kami yang lalu.kini dan akan datang.Sesunggunhnya kami ini hamba-Mu ya allah....ini ujian yang menusuk ke hati lalu mengetuk pintu rasa yang selama ini sudah semakin alpa bahawa hakikatnya kami ini hanya seorang hamba yang hina.
Syukur ya allah...kerana Kau menganugerahkan rasa yang mahala ini dicleah-celah kepahitan dan penderitaan ini.Jika tidak kerana ini,kami akan terus lalai,terbuai-buai dan akhirnya mati tanpa merasai hakikat cinta-Mu yang sebenarnya.Cebisan cinta suci dan sejati ini mudah-mudahan akan hidup subur dan mampu memghidupkan hati kami yang semakin mati ini.
Isteriku
suratmu telah kubaca.Terima kasih sayang.Membacanya seperti membaca hatiku.Aku tidak tahu lagi siapa sebenarnya yang menulis,siapa lagi yang sebenarnya membaca...kerana suratmu adalah suara hatiku....suara hati kita bersama!Aku cuba tenang disini kerana aku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana,Perpisahan sebenar bukanlah kerana jaraknya diri tetapi kerana retaknya hati.Perpisahan ini sesungguhnya mendekatkan hati dan menyuburkan rasa cinta kita.Kita akan semakin rapat oleh kerana perpisahan ini,insyaallah.Yakinlah kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan lebih manis.Perpisahan ini adalah harga kepada saat yang pasti tiba itu,insyaallah.
Aku pergi menuju allah.Memperbaharui langkahku,menguatkan jiwaku untuk memburu cinta-Nya.Dan dengan itu,aku akan mencintaimu dengan cinta yang lebih suci.Kau ikutlah disisiku sayang dijalan baru yang belum tentu bagaimana pula likunya.Kita dipaksa berpisah untuk ''dijemput'' ke daerah tauhid dan syariat-Nya dengan bersungguh-sungguh.Selama ini kita terlalu banyak berlakon dan bermain-main dengan berbagai-bagai alasan dan kemalasan.Aku gembira dengan ''paksaan'' ini walaupun suntikannya sakit dan ubatnya pahit.Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini.Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apatah lagi menyelesaikan masalah.
Sayang,hikmah ujian yang menimpa kita terlalu banyak.Ia adalah ubat dan baja dalam rumah tangga yang telah kita bina sekian lama.Cinta kita sesungguhnya tidak pernah berubah,tetapi ia perlu kemanisan dan hiasan baru supaya serinya bertambah.Cinta kita kuat getarannya,namun kurang matang.Kita terlalu menurutkan perasaan.Baik diriku mahupun dirimu terkadang tersasar kerana ''terlalu'' cinta,lantas menjurumuskan diri kita ke jurang ''melulu''.Apabila melulu kita akan terlepas daripada kendali sejati iaitu Allah dan ikatan sejati iaitu perkahwinan kita.
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.Namun ada juga yang berpisah kerana terlalu cinta.Apabila cinta telah terputus daripada cinta allah,maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta dengan cinta-cinta yang lain.Ia akan layu,kesepian dan keseorangan.Pada yang begini keadaannya,pertemuan pun masih perpisahan.Tapi apabila cinta itu diikat oleh cinta allah,maka perpisahan pen bererti pertemuan.Allah telah selamatkan kita berdua daripada perpisahan kerana terlalu cinta.Dan perpisahan itu tidak boleh kita cari-cari atau rancang-rancang,kecuali dengan satu peristiwa yang yang kita tidak sangka.Itulah rahmatnya perpisahan yang tidak diminta dan dijangka ini.Ia menguatkan kembali ikatan perkahwian kita.
Yang lebih penting lagi ujian ini sebagai satu ''reaksi berantai'' kepada semua yang berkaitan dengan kita supaya bergantung dengan allah semata-mata.Jangan kita bergantung dengan selain dari allah.Makhluk yang terikat dengan kita atas nama suami,isteri,ibu,bapa,anak,adik,abang,kakak,saudara,sahabat atau apa sahaja akhirnya akan musnah juga.Musnah sementara dan akan musnah abadi.Tegasnya,perpisahan ini ialah ialah cara allah ''mencantas'' pergantungan hati kita dengan suami,isteri,ibu,bapa,anak-anak dan sanak-saudara.Hakikatnya saat itu pasti tiba.Mati boleh terjadi bila-bila masa yang dibezakan,sama ada cepat atau lambat.
Ketika itu jika kita tidak bersedia...pedih dan sakitnya tentu terlalu.Mungkin hilang kewarasan,mungkin luntur semangat untuk meneruskan hidup dan paling khuatir terhakis atau tercabutnya iman.Isteriku...bergantunglah kepada allah kerana hubungan kita dengan -Nya tidak akan dicelah istilah janda,duda dan anak yatim,sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat dan tidak pasti kerana akan diputuskan oleh mati.Justeru itu,anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti.
Bertemu tidak jemu.Berpisah tidak gelisah.Jangan bersedih.....berani dan tabahalah demi cinta ALLAH
No comments:
Post a Comment