1.pada suatu ketika di madinah ,Rasulullah S.A.W mengiringi jenazah. baginda dapati beberapa orang wanita dalam masjid tersebut. lalu baginda bertanya , "adakah kamu menyembahyangkan jenazah?" jawab mereka "tidak" Sabda baginda "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. tetapi tinggal lah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum lelaki.
2.wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3.wanita ynag menguli tepuk gandum dengan "bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya.
4.wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
5."Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti ,Allah akan membina 7 parit di antara dirinya dengan api neraka,jarak antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi"
6."Wahai Fatimah,bagi setiap wanita yang memintal benang,Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat"
7."Wahai Fatimah,untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atsa tahta di akhirat"
8."Wahai Fatimah,bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudiaanya dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian"
9."Wahai Fatimah,bagi setiap wanita yang meminyakkkan rambut anaknya menyikatnya,mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri ananknya itu,Allah akan mencatatkan padanya pekerjaan yang baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
10.sabda Nabi S.A.W : "ya Fatimah setiap wanita meminyakkan janggut dan rambut suaminya,memotong misai dan mengerat kukunya,Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratulmaut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan daripada api neraka dan selamatlah ia melintas Titisan Shiratul Mustaqim"
11.jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya suatu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12.wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudiannya menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya ,akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangn suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13.semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di Akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) solehah.
14.salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya ,cepat pula kehamilannya, dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15.sebaik-baik wanita (isteri) yang apabiola engkau memandang kepadanya ia mengembirakan kamu,jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia akan menjaga harta engkau dan dirinya .maksud hadis. dunia yang aku suka ialah wanita solehah
No comments:
Post a Comment